Wednesday 11 May 2011

kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang di saat kita sedang kehilangannya..
dan kadangkala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita di saat kita memerlukannya...CINTA bukan paksaan..

Ia lahir dari dua perasaan...
kehadirannya tidak diundang,perginya tiada yang merelakan..
kerana ia terlalu sukar dimengertikan...Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki??
cinta umpama kota kristal..
indah di penglihatan,derita di perasaan....
Andai dapat ku petik bintang,
kan ku sematkan di dadamu..
andai dapat ku capai bulan,
kan ku hadiahkan di hari jadimu..
Izinkan aku sayang,
merinduimu..
Izinkanlah aku sayang,
mencintaimu...
Bila mata tak dapat melihat,
hati mula tertanya-tanya...
bila telinga tak dapat mendengar,
hati mula terasa sunyi...
Bila rindu datang menjelma,
di manakah insan yang harus menemani...?
Sayangi sebuah perkenalan,
kerana di situ terciptanya kemesraan...
kenangi sebuah perhubungan,
kerana di situ terciptanya kerinduan....
Hargai kedua-duanya,
kerana itulah rahmat TUHAN...

No comments:

Post a Comment